fbpx

Peluang Forest kukuh kedudukan Top 4

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FOREST ketika ini menduduki tangga ketiga EPL dengan sembilan kemenangan daripada 17 perlawanan. - AFP

NOTTINGHAM – Pengurus Nottingham Forest, Nuno Espirito Santo percaya pasukannya kini berpeluang untuk mengukuhkan kedudukan dalam kelompok empat teratas (Top 4) dengan kemenangan ke atas Tottenham Hotspur di City Ground malam ini.

Forest ketika ini berada pada landasan tepat ke pentas Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan apabila berada di tangga ketiga dengan 31 mata selepas mengharungi 17 perlawanan.

Tiga kemenangan berturut-turut selain situasi semasa lawan mereka, Spurs yang masih terluka dengan kekalahan 3-6 kepada Liverpool kelmarin seakan memberikan kelebihan kepada Forest untuk aksi tersebut.

“Saya sentiasa berkeyakinan tinggi. Sejak awal musim lagi saya percaya jika kami teruskan kerja keras, dedikasi dan komitmen yang tinggi, kami boleh meraih keputusan positif.

“Jujurnya saya sangat berbangga dengan para pemain yang terus bekerja keras dan sentiasa merendah diri. Kedudukan semasa ini adalah hasil usaha banyak perkara tetapi perjalanan kami masih jauh.

“Sekarang saya harap kami dapat teruskan apa yang sedang dilakukan. Tidak mudah menentang mereka (Spurs) tetapi saya percaya tiada yang mustahil,” kata Santo.

Forest tidak pernah menang dalam enam pertemuan terakhir dengan Spurs dalam aksi EPL sejak kali terakhir menang 1-0 pada 1 Mac 1997. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI