fbpx

‘Pelamin anganku musnah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pelamin anganku musnah. Itu gambaran nasib beberapa individu wanita yang terpaksa melupakan impian untuk bergelar isteri mahupun suami apabila majlis perkahwinan mereka dibatalkan saat akhir.

Menerusi perkongsian di laman sosial, seorang wanita dikenali sebagai Aishah memaklumkan, majlis akad nikah dan sandingnya yang dijadualkan pada 21 dan 22 Disember lalu terpaksa dibatalkan kurang dari sebulan.

Wanita itu memaklumkan perkara tersebut dalam satu hantaran di media sosialnya pada 2 Disember lalu.

“Dengan duka citanya saya ingin memberitahu bahawa majlis akad nikah dan majlis sanding saya (21 December dan 22 December 2024) dibatalkan atas sebab sebab tertentu.

“Mohon jangan serang mana-mana pihak. Masing masing ada salah dan silap. Mungkin sekarang belum ada jodoh untuk kami berdua kerana belum matang. Jadi mohon doa yang baik baik. Insya-Allah ada hikmah disebalik ini,” katanya.

Perkongsian wanita itu turut mendapat perhatian ramai pihak dan ada yang berkongsi nasib sama apabila mereka juga putus tunang di saat-saat akhir serta tidak dapat meneruskan majlis pernikahan meskipun sudah membuat segala persiapan.

“Stay strong (kuat semangat) awak saya pinjam ayat sikit ya, saya pun tak jadi kahwin pada 25 Januari depan,” kata Darwisya.

“Hai awak, saya pun tak jadi kahwin. Insya-Allah ada hal-hal baik akan menyusul,” kata Diba.

“Saya pun berdepan nasib sama, dua minggu lagi nak majlis, kami putus 2 Disember lalu. Hampir 100 peratus persiapan siap, pengantin sahaja tak ada. Alihnya majlis jadi kenduri doa selamat. Alhamdulillah selesai sudah semuanya,” kata Syukri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI