fbpx

Pelajar warga asing maut terjatuh dari tingkat 33

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KAJANG – Seorang pelajar perempuan warga asing berusia 19 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 33 sebuah apartment di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam pada pukul 6.34 petang mengenai penemuan mangsa yang berlumuran darah di koridor tingkat 12 bangunan tersebut.

“Hasil pemeriksaan pihak perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

“Pasukan Forensik PDRM turut hadir ke lokasi untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, siasatan mendapati mangsa dipercayai tergelincir dari tingkat 33 ketika cuba keluar melalui tingkap tandas akibat pintu tandas yang rosak.

“Ekoran itu, mangsa terjatuh ke koridor tingkat 12.

“Bedah siasat yang dilakukan di Hospital Serdang pada pukul 10 pagi tadi mengesahkan punca kematian mangsa adalah disebabkan pelbagai kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi,” katanya.

Jelas Naazron, kes tersebut diklasifikasikan sebagai siasatan mati mengejut (SDR).

Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk tampil menyalurkan maklumat di balai polis berhampiran atau menghubungi Ketua Polis Balai Bandar Baru Bangi, Asisten Superintenden Mohd Nasri Tesnoh di talian 017-7102042.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI