fbpx

Lima bahagian di Sabah, 8 daerah di Terengganu diramal banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Ramalan banjir yang dijangka bermula minggu depan, bukan sahaja melibatkan sembilan jajahan di Kelantan, malah turut berisiko melanda Terengganu dan Sabah.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam kenyataan meramalkan kemungkinan berlaku banjir di kebanyakan bahagian negeri Sabah melibatkan Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat (Kota Belud, Kota Kinabalu, Papar, Penampang, Putatan dan Tuaran), Sandakan (Beluran, Telupid, Kinabatangan dan Sandakan), Kudat (Kota Marudu, Kudat dan Pitas) serta Tawau (Lahad Datu).

Menurut JPS, ramalan banjir di Sabah dijangka berlarutan selama tiga hari bermula 28 hingga 30 Disember 2024.

Sementara itu, ramalan bencana banjir turut dikeluarkan di lapan daerah negeri Terengganu bagi tempoh 29 hingga 31 Disember.

JPS berkata, antara daerah yang terjejas ialah Besut (lembangan Sungai Besut, lembangan Sungai Keluang), Setiu (lembangan Sungai Nerus, lembangan Sungai Terengganu, lembangan Sungai Setiu dan lembangan Sungai Merang), serta Kuala Nerus (lembangan Sungai Terengganu).

“Di daerah Kuala Terengganu melibatkan lembangan Sungai Terengganu, lembangan Sungai Marang, manakala di Hulu Terengganu (lembangan Sungai Terengganu, lembangan Sungai Marang).

“Bagi daerah Marang pula, meliputi lembangan Sungai Ibai, lembangan Sungai Marang dan lembangan Sungai Merchang), di Dungun (lembangan Sungai Abang, lembangan Sungai Dungun, lembangan Sungai Paka dan lembangan Sungai Sura) serta Kemaman (lembaran Sungai Kemaman, lembaran Sungai Kemasik, lembangan Sungai Kertih dan lembangan Sungai Kijal,” jelasnya.

Tambah JPS, pihaknya akan terus melakukan pemantauan secara berterusan dan mengemas kini hebahan amaran banjir jika hujan signifikan berterusan di lembangan-lembangan sungai berkenaan.

“Ramalan banjir tersebut boleh berlaku lebih awal atau lewat daripada tarikh jangkaan. Oleh itu, semua agensi pengurusan bencana serta penduduk di kawasan berisiko diminta berwaspada dan sentiasa peka terhadap arahan pihak berkuasa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI