fbpx

Lebih ekstrem, carian maut Squid Game 2 bermula petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SQUID Game 2 dilancarkan dalam Netflix petang ini di seluruh dunia.
SARAT debaran, siri popular Netflix berjudul Squid Game 2 kembali menguji adrenalin peminat apabila bakal dilancarkan pukul 4 petang ini.
Squid Game musim kedua yang mempunyai tujuh episod tersebut mengekalkan pemain utamanya, Lee Jung-jae yang memegang watak Gi-hun atau No. 456.
Muncul sebagai juara musim pertama, Gi-hun dalam perjalanan menemui anak perempuannya di Amerika Syarikat tetapi langkahnya terhenti apabila tiba-tiba terdengar suara Frontman (Lee Byung-hun) iaitu individu yang mengatur permainan maut.
Maka, dia kembali ke dalam permainan berkenaan demi membalas dendam sekali gus bertekad mendedahkan dalang di sebalik permainan maut itu.
Selain Jung-jae dan Byung-hun, beberapa lagi pelakon yang dikekalkan ialah Wi Ha-jun sebagai Detective Hwang Jun-ho dan Gong Yo memegang watak The Recruiter.
Memandangkan ramai pemain mati dalam musim pertama, drama arahan Hwang Dong-hyuk itu dibarisi pelakon baharu seperti Yim Si-wan sebagai Myung-gi (No.333), Kang Ha-neul (Dae-ho tau No.388) dan Lee Jin-uk (Gyeong-seok atau No.246).
Selain itu, Squid Game 2 juga dibintangi Yang Dong-geun yang memegang watak Yong-sik atau No.007, Kang Ae-sim (Geum-ja atau No.149), Lee Seo-hwan (Jung-bae atau No.390) dan Jo Yu-ri (Jun-hee atau No.222).
Pada musim baharu, cabaran dilalui lebih ekstrem yang akan mendorong pemain menguji bukan sahaja ketahanan fizikal dan mental bahkan
moral mereka.
Peserta perlu menghadapi ujian yang lebih menakutkan sehingga memaksa mereka membuat keputusan menyayat hati seterusnya mencetuskan ketegangan psikologi. -KOSMO! ONLINE
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI