fbpx

Juruanalisa tidak mengaku jadi keldai akaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh (kiri) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Balik Pulau, hari ini.

BALIK PULAU – Seorang juruanalisa sebuah syarikat swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas tuduhan menjadi keldai akaun sehingga melibatkan kerugian berjumlah RM750.

Tertuduh, K.Kalaivani, 44, yang tinggal di Petaling Jaya, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Chia Huey Ting.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati dalam milikannya iaitu sebuah akaun bank wang berjumlah RM750, milik seorang wanita lain.

Tertuduh didapati telah menyerahkan kad ATM miliknya kepada seorang lelaki lain di Chemor, Perak melalui penghantaran kurier di Teluk Kumbar, kira-kira pukul 12.42 tengah hari, 13 Disember lalu.

Tertuduh diwakili peguam, MV.Yoges dan pendakwaan dikendalikan Lim Jin Hong yang memohon mahkamah mengenakan wang jaminan RM10,000 terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, peguam tertuduh, Yoges memohon agar wang jaminan yang minima dikenakan terhadap anak guamnya memandangkan wanita itu mempunyai masalah kesihatan.

“Anak guam saya telah menyerahkan kad ATM miliknya selepas membuat pinjaman daripada along sebelum ini, malah satu laporan polis juga telah dibuat berkaitan hal ini,” katanya.

Mahkamah kemudian menetapkan wang jaminan berjumlah RM1,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh perlu melapor diri di balai polis terdekat setiap bulan. Sebutan kes ditetapkan pada 22 Januari tahun depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI