fbpx

JPJ saman 25 bas persiaran, ekspres tiada pemandu kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 25 bas persiaran dan ekspres disaman JPJ Pulau Pinang atas pelbagai kesalahan, semalam.

SEBERANG PERAI – Sebanyak 25 buah bas persiaran dan ekspres dikenakan saman atas kesalahan tiada pemandu kedua bagi pemanduan melebihi 300 kilometer (km) atau perjalanan selama tempoh empat jam berterusan, semalam.

Kesalahan itu dikesan menerusi Ops Khas Kenderaan Perkhidmatan Awam (KPA) dan Kenderaan Perkhidmatan Barangan (KPM) oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di tiga lokasi berasingan, bermula pukul 10 malam hingga 7 pagi.

Menurut kenyataan JPJ Pulau Pinang, penguatkuasaan tersebut djalankan di Plaza Tol Juru (arah Utara dan Selatan), Tol Bukit Tambun dan Plaza Tol Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

“JPJ Pulau Pinang telah menyita sebuah bas ekspres kerana pemandu tiada lesen memandu dan sebuah lori kontena kerana pemandu di bawah umur.

“Sebanyak 23 buah bas turut dikenakan tindakan kerana tiada buku log atau kemas kini buku log pemandu dan satu kes lagi melibatkan kesalahan tiada pemandu pelancong,” katanya di sini hari ini.

Jelas kenyataan itu lagi, secara keseluruhannya sebanyak 273 notis saman atas pelbagai kesalahan termasuk teknikal telah dikeluarkan sepanjang operasi yang dijalankan selama sembilan jam.  -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI