fbpx

Cikgu Nur Nazalishah hilang 17 hari sudah ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Nazalishah sudah ditemui.

IPOH – Guru wanita di sebuah sekolah menengah di sini yang dilaporkan hilang sejak 17 hari lalu, sudah ditemui dalam keadaan selamat.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, hasil maklumat awam, polis berjaya menjumpai guru berusia 43 tahun itu di Teluk Intan.

“Wanita itu dijumpai hari ini pada pukul 2 petang. Hasil siasatan mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian orang hilang ini,” katanya di sini hari ini.

Media pada 21 Disember lalu melaporkan, polis memohon orang ramai membantu mengesan Nur Nazalishah Ahmad yang beralamat di Jalan Lapangan Harmoni, Taman Lapangan Harmoni dekat sini.

Maklumat kehilangan guru yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anderson itu diterima selepas abang wanita terbabit membuat laporan di Balai Polis Tampoi, Johor.

Difahamkan, lokasi terakhir wanita itu dilihat ketika berada di sekolahnya pada 10 Disember lalu sebelum dilaporkan menghilangkan diri kerana tekanan akibat masalah rumah tangga.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI