fbpx

4 maut, 24 cedera bas jatuh gaung 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota keselamatan menjalankan operasi mencari dan menyelamat di bandar Bhimtal. - India Today

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya empat orang termasuk kanak-kanak terbunuh, manakala 24 lagi cedera apabila bas dinaiki mereka terjunam ke dalam gaung di daerah Nainital dalam  negeri Uttarakhand, lapor stesen penyiaran NDTV semalam. 

Bas membawa 28 penumpang itu dalam perjalanan dari bandar Pithoragarh ke bandar Haldwani sebelum terjunam di sebatang jalan dekat Bhimtal.

Pemandu bas berkata, kemalangan berlaku apabila dia cuba mengelak sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan. 

“Dua lelaki dan seorang wanita meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang kanak-kanak lelaki berumur 8 tahun mati  ketika menjalani rawatan di hospital. 

“24 mangsa termasuk pemandu cedera dan dirawat di Pusat Kesihatan Komuniti di Bhimtal,” kata polis. 

Ketua Menteri Uttarakhand, Pushkar Singh Dhami menyalurkan bantuan sebanyak 1 juta rupee  (RM52,418) kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam kemalangan itu.

Pushkar turut mengarahkan pentadbiran tempatan untuk melakukan operasi mencari dan menyelamat dengan segera.

“Berita kemalangan bas penumpang berhampiran Bhimtal amat mendukacitakan. Pentadbiran tempatan telah diarahkan untuk menjalankan operasi bantuan dan menyelamat dengan segera,” tambahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI