fbpx

4 hari di hospital, Zul A.C.A.B dibenarkan pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZUL A.C.A.B stabil dan kini sudah dibenarkan pulang ke rumah.

PETALING JAYA – Pemain dram A.C.A.B, Zul yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas rebah akibat serangan jantung ketika konsert 21 Disember lalu dibenarkan pulang.

Menerusi perkongsian dimuat naik dalam Instagram kumpulan itu, tahap kesihatan Zul bertambah baik yang membolehkannya menjalani proses pemulihan di rumah sejak semalam.

“Alhamdulillah, keadaan pemain dram A.C.A.B iaitu Zul semakin baik sekarang ini.

“Terima kasih buat semua yang telah membantu, menziarahi dan bertanyakan khabar. Semoga Allah membalas jasa baik kalian.

“Insya-Allah, Zul boleh pulang ke rumah esok (hari ini) dan dia perlu banyak berehat buat masa ini,” katanya.

Pada masa sama, kumpulan punk rock era 1990-an itu turut memohon semua pengikut untuk terus mendoakan rakan mereka itu sentiasa dalam keadaan sihat.

“Marilah kita sama-sama doakan kesembuhan buat Zul agar dia dapat kembali sihat seperti sedia kala,” katanya.

Pada konsert A.C.A.B 30th Anniversary Sabtu lalu Zul yang sedang bermain dram tiba-tiba rebah selepas setengah jam 30 minit A.C.A.B memulakan persembahan.

Konsert yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur itu dihentikan seketika sebelum dia dibawa ke HKL menaiki ambulans yang berada di premis terbabit.

Selepas itu wakil A.C.A.B dikenali sebagai Sue mengesahkan Zul mendapat serangan jantung sebelum diberikan bantuan kecemasan resusitasi kardiopulmonari (CPR).

Pemuzik terbabit kemudian ditempatkan di Wad Pemulihan Koronari (CRW) hospital terbabit sebelum dibenarkan pulang ke rumah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI