fbpx

2 maut kemalangan Proton Waja berlanggar lori 10 tan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba melakukan operasi mengeluarkan pemandu kereta Proton Waja yang tersepit dalam kemalangan di Jalan Pontian Lama berhampiran Bulatan Taman Desa Skudai, Johor Bahru, tengah malam tadi.

JOHOR BAHRU – Dua lelaki terbunuh apabila kereta Proton Waja dinaiki bertembung dengan sebuah lori 10 tan dalam kemalangan di Jalan Pontian Lama, berhampiran Bulatan Taman Desa Skudai, tengah malam tadi.

Dalam kejadian pukul 12.11 tengah malam itu, dua mangsa masing-masing berusia 43 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan | KUP Suraini Adnan berkata, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai dikejarkan ke lokasi kejadian bersama dua buah jentera.

“Apabila PkO sampai di lokasi kejadian mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Waja yang berlanggar dengan lori 10 tan.

“Akibat perlanggaran tersebut, seorang mangsa lelaki berusia 43 tahun maut di tempat kejadian akibat tersepit di dalam kereta. Seorang lagi lelaki berusia 43 tahun turut disahkan meninggal dunia tetapi tidak tersepit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Suraini berkata, pasukan penyelamat mengambil langkah pantas menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum menyerahkan jenazah kepada pihak polis dan ambulans untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, pemandu lori yang berusia 36 tahun tidak mengalami kecederaan serius. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI