SINGAPURA – Sebuah gerai mi di Singapura mengenakan bayaran tambahan SGD$0.20 sen (RM0.66) untuk sebuah mangkuk kosong kepada pembeli, lapor portal berita stomp hari ini.
Seorang pelanggan berkata, apabila dia ingin tahu mengapa dikenakan caj tambahan, peniaga gerai itu memberitahunya bahawa ia adalah disebabkan kerajaan.
Dia pergi ke sebuah pusat jualan makanan untuk bersarapan pagi bersama isterinya dan memesan semangkuk mi sup dari gerai berkenaan.
“Saya kemudian mengambil mangkuk kosong kecil dari gerai itu untuk berkongsi makanan dengan isteri saya,” katanya.
Namun, peniaga memberitahu saya bahawa harganya SGD$0.20 sen.
“Saya bertanya kepadanya untuk apa caj tambahan itu. Dia berkata, ia adalah untuk mencuci mangkuk dan dicaj oleh kerajaan.
“Saya beritahu dia bahawa ini mengarut. Dia menjawab bahawa saya patut mengadu kepada kerajaan, dan bukannya dia,” ujar pelanggan tersebut.
Akhirnya, pelanggan itu tidak mengambil mangkuk tambahan. – AGENSI