fbpx

Wow dan luar biasa! Rumah Shah Rukh Khan 8 tingkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shah Rukh Khan bergambar di hadapan rumah banglonya yang sangat mewah.

TERKENAL sebagai pereka hiasan dalaman, isteri Shah Rukh Khan iaitu Gauri sememangnya gemar bereksperimentasi dengan dekorasi kediamannya.

Difahamkan, ibu kepada tiga anak itu kini sedang menunggu keputusan permohonan untuk menambah dua lagi aras banglo tersebut.

Permohanan itu sudah diajukan kepada pihak berkuasa tempatan bulan lalu, namun disebabkan rumah dibeli Shah Rukh Khan pada 2001 itu dalam kategori tahap tiga bangunan warisan, kerajaan perlu membuat perincian ketat.

Sebelum dinamakan Mannat, kediaman yang dibina pada 1914 itu dikenali sebagai Villa Vienna dan bintang Pathaan itu tertarik untuk membelinya ketika penggambaran Yes Boss.

Selain dilengkapi balkoni ikonik yang menjadi lokasi Shah Rukh Khan melambai kepada peminat setiap kali hari penting, Mannat turut mempunyai dua ruang bawah tanah serta enam aras sedia ada.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI