PETALING JAYA – Cuti sekolah selain sambutan Hari Krismas esok menyebabkan laluan ke kawasan tarikan di Kundasang, Sabah sesak dengan kenderaan, bahkan ada yang menghadap kesesakan kira-kira dua jam.
Menerusi video-video dikongsikan pengunjung di TikTok, kelihatan banyak kenderaan beratur dan bergerak perlahan melalui jalan ke Kundasang.
Selain itu difahamkan acara Pesta Kubis Kundasang 2024 yang berlangsung ketika ini turut menyebabkan kesesakan apabila pengunjung mahu ke tempat tersebut.
Seorang pengguna TikTok monikamely22 berkata, dia masih terperangkap di dalam kesesakan kira-kira dua jam dan belum tiba di kawasan pekan.
“Mau menangis sudah aku. Mana kereta manual lagi, ampun. ‘Jammed’ belum lagi sampai pekannya, ya Allah matilah aku, menangislah bah aku ni dalam kereta. Ya Allah dua jam bah aku ‘jammed’ dua jam sudah, panjangnya,” katanya pada hantaran video.
“Cuti sekolah tambah Krismas dua hari lagi, Pesta Kubis dan Kundasang ‘jammed’,” kata pengguna TikTok khuz.
Menerusi ruangan komen, dia memaklumkan, Pesta Kubis Kundasang 2024 adalah acara yang diadakan pada setiap tahun di Kundasang.
“Sayur kubis atau kobis diambil nama sebab Kundasang lubuk sayur, lagi-lagi kobis. Ada gerai jualan, sukan rakyat, nyanyian dan lain-lain masa pesta ni,” katanya.
Sementara itu, orang ramai terutama dari Semenanjung menyifatkan kesesakan di Kundasang tidak ubah seperti laluan di Cameron Highlands yang sering sesak terutama pada hujung minggu, cuti sekolah dan cuti umum.
“Penyakit Cameron Highlands dah sampai ke Kundasang,” kata Ujang Abu.
“Dah macam Cameron Highlands sesak asal cuti,” komen Gfaz1711.
“Cameron Highlands versi Sabah,” kata bukanbulanlebai. – KOSMO! ONLINE
@eazy_holidays Mau bercuti ke kundasang ? Click jak link di bio. Bukan kamu juga yg driver nnti🤭 #jemkundasang #kundasangproblem #kundasang #kundasangtrip #pakejkundasang ♬ original sound – Ehh Adam Evan’z – Mohd adam