fbpx

Tak perlu peralatan, lelaki tangkap ular sawa dengan tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WANDI menangkap seekor ular sawa dengan tangannya di tepi sebuah terusan. - Foto Istimewa

JAKARTA – Seorang lelaki menangkap seekor ular sawa sepanjang 3  meter dengan tangannya di tepi sebuah terusan ketika banjir berlaku di Makassar, lapor portal berita detiksulsel hari ini.

Kejadian berlaku apabila orang ramai melihat reptilia itu berenang di tepi terusan tersebut di daerah Mariso.

Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Wandi, 35,  turun ke dalam terusan dan mencari ular tersebut.

Wandi mengaku sukar menangkap ular sawa di dalam air dan ketika dia turun, reptilia tersebut bergerak ke rimbunan pokok yang berada di tepi terusan.

“Ketika ular itu menjalar naik ke atas pokok, saya tarik ekornya kemudian baru saya pegang badannya. Saya akhirnya menggenggam kepalanya,” kata Wandi.

 Ular tersebut dibawa naik ke darat dan panjangnya 3 meter selepas diukur. Namun, berat ular itu tidak diketahui kerana masih belum ditimbang.

Wandi berkata, dia kerap menangkap ular di kawasan itu dan ada ketika, dia menangkap ular sawa yang jauh lebih besar. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI