PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir di enam negeri termasuk Pahang dan Selangor sehingga pukul 6 petang ini.
MetMalaysia menerusi kenyataan berkata, cuaca buruk disertai angin kencang itu turut dijangka berlaku di Perak.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Rompin) dan Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak).
“Turut terlibat adalah Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).
Selain itu menurut MetMalaysia, Johor, Sarawak dan Sabah juga diramal menerima cuaca buruk sama.
“Ia meliputi Johor (Segamat, Kluang dan Mersing) dan Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.
“Turut terlibat, Sabah di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna), Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu) serta seluruh Wilayah Persekutuan Labuan,” kata kenyataan sama. – KOSMO! ONLINE