fbpx

Nahas ngeri Melaka: JPJ diarah lakukan siasatan terperinci – Anthony Loke

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kemalangan ngeri terbabit.

PUTRAJAYA – Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diarah menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kemalangan maut di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran persimpangan tol Ayer Keroh semalam.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, Bahagian Penguatkuasaan juga turut diarahkan mengambil tindakan terhadap syarikat lori treler serta bas persiaran yang terlibat.

“Siasatan awal pihak berkuasa mendapati kemalangan yang mengakibatkan kehilangan tujuh nyawa tersebut berpunca daripada tayar sebuah lori treler yang tercabut.

“(Ia) menyebabkan sebuah bas persiaran mengelak lalu terbabas dan merempuh tiga kenderaan dari arah bertentangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, JPJ akan terus melaksanakan tindakan penguatkuasaan tegas dan bersepadu terhadap kenderaan perdagangan berat bagi memastikan pematuhan aspek keselamatan sepanjang masa demi menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

Dalam pada itu, Anthony Loke merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan maut itu.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, sebuah bas persiaran membawa 27 penumpang, lori, treler, kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima dan Perodua Bezza terbabit dalam nahas sehingga mengorbankan tujuh nyawa.

Kemalangan pada pukul 8.40 malam berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh itu turut menyebabkan 33 cedera.

Mangsa yang meninggal dunia terdiri daripada tiga lelaki dewasa, tiga perempuan dewasa dan seorang bayi perempuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI