BANGI – Suasana pilu pengebumian jenazah lima sekeluarga yang maut dalam nahas di Kilometer 204 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara) di Melaka.
Kelima-lima jenazah, Khairul Ikhwan Mazupi, 32, dan isteri Fadzlenna Ramli, 32, serta anak mereka, Muhammad Umar, 2, serta dua lagi mangsa iaitu ibu bapa Fadzlenna, Ramli Ab. Wahab, 66, dan Fauziah Jaafar, 69, selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Bandar Baru Bangi, Sungai Tangkas kira-kira pukul 7.30 malam hari ini.
Jenazah Fadzlenna dikebumikan bersama anaknya, Muhammad Umar dalam satu kubur.
Terdahulu, jenazah disembahyangkan di Surau Al-Ikhlas, Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi di sini serta dihadiri hampir 300 jemaah terdiri daripada kenalan, saudara-mara dan penduduk. – KOSMO! ONLINE