fbpx

Nahas ngeri Melaka: Fadzlenna satu-satunya anak perempuan tunggal Ramli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramli (kiri) dan Fadzlenna.

BANGI – Fadzlenna Ramli, 32, yang maut dalam nahas membabitkan lima buah kenderaan di Kilometer 204, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di Melaka malam tadi merupakan satu-satunya anak perempuan pasangan Ramli Ab. Wahab, 66, dan Fauziah Jaafar, 69.

Perkara itu dikongsikan sepupu Allahyarham Ramli, Abu Talib Abu Bakar, 57, ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Bangi (Sungai Tangkas) di sini, hari ini.

Pasangan Ramli dan Fauziah turut terkorban dalam nahas ngeri tersebut.

Turut meninggal dunia dalam kejadian pada pukul 8.40 malam ialah suami Fadzlenna, Khairul Ikhwan Mazupi, 32, dan anak pasangan itu, Muhammad Umar Khairul Ikhwan yang berusia dua tahun.

Tiga lagi penumpang kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima tersebut cedera.

Muhammad Uwais Al-Qarni Khairul Ikhwan, 7, dan Nur Sofea Humaira Khairul Ikhwan, 4, dirawat di Zon Merah dan Zon Kuning Hospital Melaka.

Kosmo! semalam melaporkan seramai tujuh individu maut, manakala 33 lagi cedera dalam nahas yang berpunca daripada tayar lori yang tercabut. Sebuah bas persiaran membawa 27 penumpang dari arah utara ke selatan gagal mengelak tayar tersebut sebelum terbabas ke laluan bertentangan.

Bas persiaran tersebut kemudian melanggar sebuah kereta jenis Perodua Bezza. Kenderaan berat itu kemudian bertembung dengan treler dan MPV Toyota Estima dinaiki lapan sekeluarga tersebut.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI