fbpx

Nahas ngeri Melaka: 300 jemaah solat jenazah lima sekeluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah lima beranak yang maut dalam nahas di Kilometer 204 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara) di Melaka malam tadi, disembahyangkan di Surau Al-Ikhlas, Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi. - Foto oleh SADDAM YUSOFF / KOSMO!

BANGI – Jenazah lima sekeluarga yang maut dalam kemalangan di Kilometer 204, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di Melaka malam tadi selesai disembahyangkan di Surau Al-Ikhlas, Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi di sini.

Hampir 300 jemaah terdiri daripada kenalan, saudara-mara dan penduduk hadir bersama-sama mengerjakan solat jenazah tersebut.

Jenazah lima sekeluarga itu akan dibawa ke Tanah Perkuburan Bandar Baru Bangi, Sungai Tangkas untuk dikebumikan.

Jenazah salah seorang mangsa kemalangan ngeri di Alor Gajah, Melaka tiba di Surau Al Ikhlas Bandar Baru Bangi, Seksyen 4 Tambahan, Bangi hari ini. Foto oleh SADDAM YUSOFF

Mereka yang meninggal dunia ialah pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima, Khairul Ikhwan Mazupi, 32, bersama isterinya, Fadzlenna Ramli, 32, dan anak pasangan tersebut, Muhammad Umar, 2.

Turut terkorban ibu bapa kepada Fadzlenna, Ramli Ab. Wahab, 66, dan Fauziah Jaafar, 69. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI