fbpx

Misi Everest 2025: Pelajar UiTM jalani ujian kecergasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Syahrulnizam menjalani ujian kardiovaskular sempena misi Everest 2025.

PETALING JAYA – Pelajar Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Muhammad Syahrulnizam Mohd. Noor menjalani ujian kecergasan sempena Misi Pendakian Gunung Everest tahun hadapan.

UiTM dalam hantaran di Facebook memaklumkan, Muhammad Syahrulnizam telah menjalani ujian kecergasan siri yang kedua di Makmal Prestasi Manusia Fakulti Sukan dan Rekreasi UiTM pada 17 Disember lalu.

Ujian kecergasan yang dijalankan merangkumi ujian fungsi paru-paru, ujian kardiovaskular iaitu Vo2max dan ujian lactate di bawah kendalian Ketua Pusat Satelit Institut Sukan Negara, FSR UiTM, Prof. Madya Dr. Hosni Hasan.

Difahamkan, Pelajar semester tiga program Diploma Pengurusan Sukan dan Rekreasi itu dijadualkan memulakan pendakian Gunung Everest di Nepal bermula pada Mac 2025. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI