PETALING JAYA – Pempengaruh, Man Kulim Pening yang popular dengan telatahnya yang bersahaja di media sosial dilaporkan meninggal dunia hari ini.
Berita duka pemergian Allahyarham disahkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor sebentar tadi.
Difahamkam, Man Kulim atau nama sebenarnya Burhan Che Mokhtar dipercayai mengalami demam panas sebelum meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital.
“Dengan rasa penuh hiba dan rendah hati, kami ingin menyampaikan takziah kepada keluarga dan sahabat handai Allahyarham Burhan Che Moktar atau Man Kulim yang telah kembali ke rahmatullah.
“Kehilangan ini sangat dirasai, namun kita percaya Allah SWT lebih menyayanginya.
Mai kita sedekahkan bacaan al fatihah kepada
Allahyarham Man Kulim, moga diampunkan segala dosa dan ditempatkan bersama para solehin,” katanya dalam hantaran di TikTok.
Jenazah Allahyarham akan disemadikan di Kuala Muda, Kedah yang merupakan kampung halamannya. – KOSMO! ONLINE