fbpx

Lelaki kesal 6 tahun gagal dapat kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
A kini cuba membuang tatu pada mukanya. - Oddity Central

BEIJING – Seorang lelaki China menghadapi kesukaran selama enam tahun untuk mendapatkan pekerjaan selepas mencacah tatu tengkorak pada mukanya, lapor laman berita Oddity Central.

Lelaki berusia 24 tahun dikenali sebagai A berkata, dia menjalani zaman remaja yang nakal dan gemar mencacah tatu di serata anggota badannya.

Namun, enam tahun lalu, A membuat keputusan radikal dengan mencacah tatu tengkorak pada mukanya dan berasa bangga ketika itu.

Bagaimanapun, selepas gagal mendapat sebarang pekerjaan disebabkan paras rupanya, A berasa menyesal bertindak demikian dan berpendapat bahawa tatu tersebut membuatkan dia sukar menjalani kehidupan normal.

“Sepanjang enam tahun lalu merupakan tempoh yang amat sukar buat saya dan keluarga. Saya gagal mendapat kerja dan sering dihina oleh orang ramai. Ia amat memalukan,” katanya.

Pada Oktober lalu, A membuat keputusan untuk membuang tatu pada mukanya, menyebabkan dia terpaksa melalui rasa sakit yang teruk sehinggakan mengalami masalah jantung pada sesi pertama. 

A kini berehat seketika untuk sembuh daripada kesakitan, namun dia yakin dirinya mampu kembali menjalani kehidupan normal selepas menamatkan empat hingga lima sesi tersebut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI