fbpx

Kaki budak 6 tahun tersangkut dalam lubang tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan kaki kanak-kanak lelaki yang tersangkut di dalam lubang tandas di kediamannya di Tanjung Minyak, Melaka.

MELAKA – Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun terpaksa menahan sakit lebih 15 minit selepas kaki kanannya tersangkut di dalam lubang tandas di rumahnya di Taman Tanjung Minyak Perdana, di sini, hari ini.

Komander Operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Tangga Batu, Pegawai Bomba Kanan II (KUP) Roshdi Ismail berkata, panggilan kecemasan diterima pasukan bomba pada pukul 10.57 pagi.

Katanya, sepasukan tujuh anggota bersama-sama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi dan tiba di kediaman tersebut tujuh minit kemudian.

“Setibanya di lokasi kita dapati kaki kanan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun telah tersangkut di dalam lubang tandas.

“Pasukan bomba kemudian bertindak memecahkan mangkuk tandas bagi mengeluarkan kaki mangsa,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, mangsa mengalami bagaimanapun hanya kecederaan ringan pada kaki dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 12.30 tengah hari. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI