PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir di tiga negeri, pagi ini.
Menerusi ramalan cuaca khas Hari Natal oleh MetMalaysia, negeri-negeri terlibat adalah Selangor, Negeri Sembilan dan Sabah.
Pada sebelah petang pula berdasarkan perkongsian MetMalaysia di Facebook, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor adalah antara negeri yang dijangka dilanda cuaca buruk sama.
Selain itu, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sabah juga dijangka menerima hujan lebat serta ribut petir pada waktu petang.
Sementara itu ramalan bagi waktu malam pula, Johor Pahang dan Sabah merupakan negeri yang dijangka mengalami cuaca buruk berkenaan.
Dalam masa sama, MetMalaysia menasihatkan orang ramai supaya merancang perjalanan dan aktiviti dengan sebaiknya.
“Teruskan mengikuti media sosial rasmi dan laman web MetMalaysia di www.met.gov.my untuk informasi cuaca terkini yang pantas dan tepat,” kata MetMalaysia menerusi kenyataan. – KOSMO ONLINE