fbpx

Harimau kumbang lapar masuk perangkap Perhilitan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor harimau kumbang yang memasuki perangkap di RKT Kesedar Paloh 1, Gua Musang semalam. FOTO IHSAN PERHILITAN KELANTAN

GUA MUSANG – Penduduk di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 1 di sini mampu menarik nafas lega apabila seekor harimau kumbang yang berkeliaran mencari makanan di kampung itu sebelum ini memasuki perangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) semalam.

Pengarah Perhilitan Kelantan, Mohamad Hafid Rohani berkata, Jabatan Perhilitan Kuala Krai menjalankan siasatan di lokasi aduan sebelum memasang satu unit perangkap di kawasan tersebut pada Ahad lalu.

Katanya, operasi pemindahan haiwan liar itu dilakukan pada pukul 12 tengah hari oleh enam anggota Perhilitan Kuala Krai dibantu oleh kakitangan Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL) Gua Musang.

“Harimau Kumbang itu dipercayai keluar dari Hutan Simpan Kekal (HSK) Relai yang terletak berhampiran dengan Kampung Gua, RKT Kesedar Paloh 1 untuk mencari makanan.

“Haiwan itu akan dilepaskan ke habitat yang lebih sesuai dan selamat, katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Mohamad Hafid memberitahu, khidmat nasihat termasuk langkah mitigasi sudah diberikan kepada penduduk kampung supaya membersihkan kawasan semak di sekitar kampung dan kebun.

Mohamad Hafid memberitahu, penduduk juga dinasihatkan sentiasa berteman semasa ke kebun, memasang lampu di sekeliling rumah pada waktu malam dan tidak masuk ke kawasan kebun pada waktu malam. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI