fbpx

EPL: Liverpool pamer keinginan besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIVERPOOL terus mengukuhkan cengkaman di persada EPL dengan kelebihan empat mata dan masih kurang satu perlawanan. - AFP

LONDON – Pengurus Liverpool, Arne Slot percaya masih ada beberapa aspek yang perlu diperbaiki dan belum masanya untuk berasa selesa dengan kemenangan 6-3 ke atas Tottenham Hotspur awal pagi semalam.

Walaupun menyerlahkan dominasi sepanjang perlawanan, Slot beranggapan anak buahnya belum mampu untuk mematikan perjuangan Spurs hingga tuan rumah memperoleh tiga gol.

“Sepanjang tempoh 60 minit, kami melakukan apa yang sepatutnya kami buat di mana kami begitu selesa dengan bola. Perkara utama adalah kami terus bekerja keras.

“Namun, Tottenham mempunyai kualiti untuk menjaringkan gol sekiranya kami beri mereka sedikit ruang. Kami perlu berada pada tahap terbaik sepanjang perlawanan, tetapi semua sukar dilakukan,” katanya.

Mohamed Salah dan Luis Diaz muncul pemain paling menyerlah, masing-masing menyumbangkan dua gol diikuti satu daripada Alexis Mac Allister dan Dominik Szoboszlai.

Walaupun dibolosi banyak kali, Spurs menunjukkan yang mereka masih mampu melawan dengan memperoleh tiga gol daripada James Maddison, Dejan Kulusevski dan Dominic Solanke.

“Keputusan ini menunjukkan yang kami adalah pasukan yang bagus dan jika kami mampu tampil seperti ini, sudah pasti agak sukar untuk mana-mana pasukan raih kemenangan,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI