fbpx

Denda RM300 mangkuk pecah, RM500 pekerja sering ke tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran tersebut.

PETALING JAYA – Sebuah restoran hidangan Jepun terkenal di ibu negara mencetuskan kontroversi apabila peraturan pekerjanya yang dikatakan keras dan tidak masuk akal tular di media sosial.

Antara peraturan yang didedahkan termasuk denda sebanyak RM500 jika pekerja ke tandas, RM100 bagi cuti sakit (MC), RM300 untuk mangkuk yang pecah dan RM100 untuk sudu yang rosak.

Lebih mengejutkan, peraturan ini dikatakan terpakai kepada semua pekerja, termasuk mereka yang bekerja sambilan.

Bukan itu saja, pengurus restoran didakwa mengugut pekerja dengan tindakan undang-undang dan memanggil polis jika ada yang membocorkan peraturan tersebut kepada pihak luar.

Hantaran itu telah meraih kecaman daripada pengguna media sosial yang turut sama tidak berpuas hati dengan peraturan yang dikenakan kepada pekerja restoran tersebut.

“Pihak berkuasa pun tak akan tahan pekerja jika restoran buat laporan pasal benda ni sebab akta pekerja jelas nyatakan tiada pemotongan boleh dilakukan atas gaji pekerja kecuali pemotongan tertentu seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso),” ujar Adil.

“Siap mengancam. Nampak sangat dia tahu benda tu salah tapi tetap buat juga. Elok ramai-ramai boikot kedai ni,” komen Permata Hati.

Sementara itu, Menteri Sumber Manusia Malaysia, Steven Sim Chee Keong turut membalas hantaran itu dengan mengatakan majikan tidak boleh potong gaji pekerja selain apa yg diperuntukkan dalam Akta Kerja. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI