fbpx

Bayi Orang Asli demam panas, sesak nafas naik helikopter ke hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hisyam (dua dari kiri) dipangku ibunya semasa berada di dalam helikopter untuk rawatan lanjut di Hospital Gua Musang semalam. FOTO IHSAN UNIT UDARA JBPM

GUA MUSANG – Seorang bayi lelaki Orang Asli dari Kampung Dakoh di sini yang demam panas dan sesak nafas dibawa menaiki helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk rawatan lanjut di Hospital Gua Musang semalam.

Hisyam Roday, 2, yang ditemani ibu dan bapanya dibawa menerusi penerbangan Pemindahan Perubatan (Medevac) turut dilaporkan turut mengalami cirit birit dan muntah sejak enam hari lalu.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM, Pangkalan Wilayah Tengah Subang, Selangor, Penolong Penguasa Bomba, Mohd. Rizzan Jefri berkata penerbangan itu berlepas dari Pangkalan Udara Wilayah Tengah pada pukul 12.35 tengah hari.

Katanya, penerbangan menggunakan helikopter Agusta Westland 139 selamat mendarat di Kampung Dakoh di sini kira-kira pukul 1.25 tengah hari untuk mengambil pesakit.

“Pesawat berlepas semula pada pukul 1.35 tengah hari dan selamat mendarat di Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang kira-kira 15 minit kemudian.

“Pesakit dibawa ke Hospital Gua Musang dengan menaiki ambulans untuk rawatan susulan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Katanya, operasi Medevac berkenaan tamat pada pukul 1.53 tengah hari dan anggota berlepas pulang ke Pangkalan Udara Wilayah Tengah. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI