fbpx

11 pengamal PR disenarai dalam kumpulan APR berprestij

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr Syed Arabi (kanan) menerima anugerah daripada Presiden IPRM, Jaffri Amin Osman dalam satu majlis yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Seramai 11 pengamal perhubungan awam (PR) telah dimasukkan dalam senarai Akreditasi dalam Perhubungan Awam (APR)  yang berprestij bagi kumpulan profesional Perhubungan Awam Bertauliah.

Kesemua mereka telah dipilih bersandarkan faktor pendidikan mereka yang luar biasa, pengalaman yang luas dan sumbangan yang tidak ternilai kepada PR Body of Knowledge. 

Proses APR telah dinilai oleh panel penilai yang diketuai oleh Pakar PR Kebangsaan yang juga Pengerusi Akreditasi Institut Perhubungan Awam Malaysia (IPRM), Profesor Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid.

Kesemua sebelas calon APR itu telah berjaya melengkapkan keperluan akreditasi mereka, lulus  dan membuat permohonan keahlian, melaksanakan kajian kes/penerbitan penyelidikan PR, menghadiri sesi temuduga dan dokumentasi, sekali gus melalui pengiktirafan tersebut akan membolehkan mereka mempunyai keistimewaan untuk menggunakan penghormatan APR selepas nama mereka. 

Naib Presiden Institut Perhubungan Awam Malaysia (IPRM), Doris Lim berkata, pihaknya berharap dapat menyebarkan kesedaran tentang proses akreditasi ini, yang mana ia boleh memberi pengiktirafan sewajarnya dan menghargai pencapaian luar biasa profesional PR di Malaysia. 

Doris Lim

“Matlamat kami adalah untuk menetapkan penanda aras bagi amalan kualiti dan beretika, memastikan ahli kami diiktiraf atas kepakaran dan sumbangan mereka kepada bidang itu.” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini. 

Sejak penubuhannya pada tahun 1962, IPRM telah menjadi asas dalam memajukan profesionalisme PR, menetapkan penanda aras untuk amalan dan akreditasi PR terbaik. 

Antara penerima APR tersebut adalah Pengurus Komunikasi Korporat di Lebuhraya Pan Borneo Jabatan Kerja Raya Sarawak, Sahrein Maloh berkata,melalui akreditasi dalam APR, ia dapat mengesahkan kepakaran, mengukuhkan kredibiliti profesional dan mempamerkan komitmen terhadap amalan komunikasi yang beretika dan strategik. 

“Meneruskan pensijilan APR bukan sahaja meningkatkan prospek kerjaya tetapi juga memupuk pembangunan profesional yang berterusan, memastikan pengamal kekal mahir dalam menavigasi landskap perhubungan awam yang berkembang,” jelasnya. 

 

Seorang lagi penerima, Pengurus Jualan dan Pemasaran Kanan di Sri Pelancongan Sabah, Cassie Forsythe berkata, menerusi akreditasi IPRM telah menanamkan rasa tanggungjawab dan komitmennya untuk menegakkan amalan terbaik PR. 

Mohamad Shahizam

Selain itu,  Ketua Komunikasi di Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia, Mohamad Shahizam Fauzi menjelaskan, proses pensijilan APR telah membantunya meningkatkan pengetahuan tentang komunikasi strategik dan meningkatkan kapasiti bagi penyediaan penyelesaian PR yang merangkumi semua. 

“Saya telah membangunkan pengetahuan dan kebolehan berguna yang membolehkan saya menyediakan teknik komunikasi yang lebih berjaya. 

“Sijil itu membuktikan dedikasi saya terhadap pembelajaran sepanjang hayat dan menegakkan standard profesional yang tinggi dan juga telah membantu saya maju secara peribadi dan profesional dalam industri yang menarik ini,’ ujarnya. -KOSMO! ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI