fbpx

[VIDEO] Cukuplah apa yang terjadi – Ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keluarga Muhammad Ikmal dan Nor Hasrul tidak dapat menahan kesedihan sebaik tiba di Jeti Limbongan Batu Maung, hari ini.

BALIK PULAU – Ibu Muhammad Ikmal Hakimi Ismail, 22, tidak mahu membenarkan anak lelakinya turun ke laut selepas bot yang dinaiki hanyut selama enam hari sehingga ke perairan Aceh, Indonesia.

Hanita Ismail, 47, berkata, dia mahu anaknya itu meneruskan khidmat sebagai anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) memandangkan kerjaya di laut berdepan banyak cabaran.

”Saya memang tidak akan mengizinkan dia (Muhammad Ikmal) untuk turun ke laut lagi selepas ini, cukuplah dengan apa yang berlaku.

“Kawan-kawan yang bekerja dengan anak saya dalam pasukan Rela turut menziarahinya hari ini, mereka mahu dia bekerja semula bersama mereka,” katanya ketika ditemui di Jeti Limbungan Batu Maung, di sini hari ini.

Menurut Hanita, dia hanya tidur selama dua jam semalam kerana tidak sabar untuk bertemu dengan anaknya.

Sementara itu, ibu Nor Hasrul Abdullah, 25, Noor Azilah Jamaluddin, 44, pula memberitahu, dia akan membenarkan anaknya untuk turun ke laut kerana pemuda itu berminat menjadi  nelayan.

“Cuma saya mahu dia tingkatkan keselamatan sebelum turun ke laut, apa yang berlaku menjadi pengalaman berharga buat mereka,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI