'Saya berusaha beri nyawa pada Falah, bukan untuk anugerah' - Kosmo Digital

‘Saya berusaha beri nyawa pada Falah, bukan untuk anugerah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zahiril tidak menyasarkan untuk merangkul sebarang trofi setiap kali menjayakan sesebuah naskhah mahupun watak.

PETALING JAYA – Kejayaan pelakon Zahiril Adzim menjayakan watak Falah dalam drama Andai Tiada Dia mebuatkan ramai mendoakannya merangkul anugerah pelakon terbaik pada masa akan datang.

Menerima segala pujian dengan hati terbuka, Zahiril, 40, sebaliknya menegaskan dia tidak menyasarkan untuk merangkul sebarang trofi setiap kali menjayakan sesebuah naskhah mahupun watak.

“Saya bukan bekerja untuk anugerah, tak semua pelakon begitu (kejar trofi). Anugerah itu akan hadir sendiri dan ibarat bonus dalam pekerjaan.

“Kalau buat pentas lakonan macam pertandingan dan mahu menjadi lebih bagus daripada orang lain, akhirnya kita akan terlalu suka pada diri sendiri atau benci bila kalau ada sesuatu yang berlaku,” katanya dalam siaran langsung TikTok baru-baru ini.

Katanya, terlalu mengejar trofi juga boleh membuatkan seseorang taasub untuk memenangi sesebuah pertandingan dan akan berasa terlalu sedih sekiranya gagal.

“Jadi, perkata itu sudah lari daripada tujuan asal dan niat dalam lakonan. Kalau menang anugerah pula, kita akan jadi terlaku suka pada diri sendiri.

“Sementara jika tewas atau tidak tercalon, rasa terlalu sedih dan benci pada diri sendiri.

“Jadi, jangan sesekali kejar anugerah. Buatlah untuk naskhah sahaja seperti yang saya buat untuk watak Falah. Saya berusaha beri ‘nyawa’ pada Falah, bukan untuk anugerah,” ujarnya.

Sehingga hari ini, watak Falah berjaya mencetuskan fenomena dalam kalangan peminat drama yang turut dibintangi Ummi Nazeera, Hisyam Hamid, Mimi Lana dan Alicia Amin itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI