PETALING JAYA – Pertemuan di antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia Prabowo Subianto yang sepatutnya berlangsung di Langkawi hari ini, terpaksa ditangguhkan kepada tarikh yang belum ditetapkan.
Anwar menerusi perkongsian di laman media sosial Facebooknya berkata, Presiden negara jiran itu memohon untuk menangguhkan pertemuan tersebut kerana mengalami demam.
“Saya dan keluarga sudah di Pulau Langkawi bagi menerima kunjungan sahabat, Presiden Prabowo Subianto hari ini.
“Namun, malam tadi beliau mohon menangguhkan pertemuan untuk beberapa hari kerana demam. Mendoakan agar Presiden Prabowo diberi kesembuhan sesegera mungkin sekaligus menyambung rencana pertemuan dua negara,” kata Perdana Menteri.
Dalam pada itu, Anwar berkata pada 26 Disember depan, beliau dijadual untuk menemui bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra untuk agenda ASEAN demi kesejahteraan serantau. – KOSMO! ONLINE.