fbpx

Polis cari bapa didakwa rogol anak kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUANTAN – Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun melalui detik hitam apabila dikatakan dirogol oleh bapa kandungnya sendiri.

Dalam kejadian Selasa dan Rabu lalu itu mangsa dikatakan dirogol oleh bapanya yang berusia 42 tahun ketika berada di rumah mereka di Balok di sini.

Bagaimanapun difahamkan mangsa telah memberitahu kepada ibunya kejadian itu selepas ibunya pulang bekerja sebelum berlaku pertengkaran dan suspek bertindak melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, polis yang menerima laporan mengenai kejadian itu kini giat mengesan suspek.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram.

“Suspek sedang dikesan dan kita minta semua pihak agar tidak membuat apa-apa spekulasi mengenai kejadian ini,”katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI