fbpx

Nahas ngeri Melaka: 6 maut kemalangan MPV, bas persiaran dan treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kemalangan ngeri terbabit.

PETALING JAYA – Sekurang-kurangnya enam termasuk seorang pemandu bas dilaporkan maut membabitkan tiga kenderaan di Kilometer (KM) 204.0 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dari Ayer Keroh ke Simpang Ampat, Melaka kira-kira pukul 8.40 malam tadi.

Menurut jurucakap bomba, kejadian tersebut membabitkan sebuah treler, bas persiaran dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima.

Katanya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.45 malam dan seramai 27 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Ayer Keroh dan Alor Gajah bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian pada pukul 8.56 malam, lima daripada lapan penumpang Toyota Estima telah meninggal dunia.

“Terdapat 27 penumpang bas persiaran dan dua pemandu, seorang pemandu bas telah meninggal dunia, manakala treler tersebut dinaiki dua individu,” katanya.

Berita lanjut menyeusul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI