PENYANYI dan usahawan bilionair, Rihanna menzahirkan rasa cinta terhadap idolanya Mariah Carey apabila dilihat hadir ke konsert Mariah’s Christmas Time Tour di Barclays Center in Brooklyn, Amerika Syarikat baru-baru ini.
Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian ramai apabila pelantun lagu Umbrella itu meminta Mariah menurunkan tandatangan di bahagian payudaranya seusai konsert berlangsung.
“Woah, ini sangat ikonik. Saya sayang anda sangat Mariah Carey,” ujar Rihanna, 36, ketika bertemu empat mata dengan idolanya itu.
Terdahulu, sebelum Mariah menurunkan tandatangan di asetnya, Rihanna meminta orang-orang berdekatan menghulurkan sebatang pen dakwat kekal agar Mariah merealisasikan impiannya itu.
“Siapa ada sharpie (pen dakwat kekal). Tandatangan sahaja di mana-mana, anda Mariah Carey,” teriak Rihanna lagi.
Rihanna hadir ke konsert Mariah’s Christmas Time Tour bersama pasangannya, A$AP Rocky yang juga merupakan bapa kepada dua anaknya. – KOSMO! ONLINE