fbpx

Maradona, Messi diabadikan dalam mural di IOI City Mall

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hannah ketika merasmikan pameran seni mural dua legenda bola sepak Argentina di IOI City Mall Putrajaya hari

PUTRAJAYA- Legasi kehebatan dua pemain bola sepak legenda terkenal Argentina iaitu Diego Armando Maradona dan Lionel Messi kini diabadikan dalam bentuk seni mural di pusat beli-belah IOI City Mall di sini.

Lebih menarik, lukisan mural itu dihasilkan sendiri oleh pelukis negara itu iaitu Cesar Damian Daiz Ferro yang dibawakan khas ke Malaysia bagi menghasilkan seni unik tersebut.

Duta Besar Argentina ke Malaysia, Marta Laura Gabrieloni berkata, lukisan mural itu diharap menjadi ikatan kepada hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

“Negara kami bukan sahaja melahirkan ramai pemain bola sepak bertaraf dunia, malah dalam pelbagai jenis lagi sukan untuk dicontohi bakat anak muda di Malaysia,” katanya ketika berucap pada acara perasmian mural itu hari ini.

Acara perasmian karya itu disempurnakan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang memaparkan imej dua ikon bintang popular Maradona dan Messi.

Mural berketinggian empat meter dengan lebar empat itu dipamerkan secara statik dan terbuka untuk pengunjung di aras ruang legar bawah sayap Symphony East IOI City Mall.

Sementar itu, Hannah berkata, mural sedemikian dapat mendorong lagi minat belia di Malaysia agar mampu cemerlang dalam segala jenis sukan yang diceburi.

“Justeru, pihak kementerian menggalakkan operator kompleks beli-belah di seluruh negara supaya menyediakan ruang aktiviti sukan untuk disertai masyarakat,” jelasnya.

Pada masa sama, Hannah turut merakamkan penghargaan kepada Cesar yang menyumbang tenaga bagi menghasilkan mural berkenaan untuk ditatapi oleh ribuan pengunjung di premis tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI