fbpx

Lelaki maut kemalangan dua kenderaan di Gohtong Jaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan berhampiran Balai Polis Bantuan Gohtong, Hulu Selangor, hari ini.

HULU SELANGOR – Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan berhampiran Balai Polis Bantuan Gohtong, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.05 pagi tadi.

Katanya, sepasukan anggota serta jentera keluaran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu digegaskan ke lokasi kejadian.

“setibanya di lokasi, pasukan mendapati berlaku kemalangan jalan raya melibatkan dua kenderaan iaitu sebuah Toyota Corolla Altis dan sebuah van jenis Cam Placer-X .

“Pemandu Toyota Corolla Altis, Toh Yok Chai, 58, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit di bahagian pemandu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata beliau, pasukan bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa sebelum menyerahkan mayat kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Pemandu Cam Placer-X, Ahmad Munir Yunus, 33, mengalami kecederaan di bahagian kepala dan telah dihantar ke Hospital Selayang oleh ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Punca kemalangan masih dalam siasatan pihak polis,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI