fbpx

Lebih 200 anggota KPDN Perak pantau harga sepanjang Krismas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Kamarol (kanan) melakukan sesi walkabout Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas 2024 di Pasaraya Besar Mydin Meru Raya, Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

IPOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menggerakkan seramai 197 penguatkuasa dan 74 pegawai pemantau harga bagi sepanjang pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2024.

Timbalan Pengarah KPDN Perak, Mohamad Kamarol Mat Nor berkata, pemeriksaan dan pemantauan akan dilaksanakan di lokasi strategik seperti pasar awam, pasar tani dan pusat beli-belah.

“Permintaan ke atas barangan tertentu dijangka meningkat menjelang perayaan ini. Pemantauan adalah sebagai langkah menstabilkan harga barangan dan memastikan keberadaan bekalan dalam pasaran sebelum, semasa dan selepas perayaan,” katanya selepas lawatan SHMMP di pasar raya Mydin Meru Mara di sini hari ini.

Sembilan jenis barangan ditetapkan harga maksimum semasa pelaksanaan SHMMP Krismas 2024 di negeri Perak termasuk daging kambing biri-biri import bertulang yang ditetapkan RM24 sekilogram pada harga borong dan RM28 sekilogram harga runcit bermula 23 hingga 27 Disember ini.

Lapan lagi jenis barangan ialah kubis bulat import, tomato, lada benggala hijau, ubi kentang import (China), cili merah, bawang merah besar import, bawang kuning besar dan lobak merah.

Kata Mohamad Kamarol, penentuan jenis barangan tersebut adalah berbeza mengikut perayaan yang disambut.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI