BARCELONA – Pengendali Barcelona, Hansi Flick percaya pasukannya perlu terus bersabar untuk mendapatkan tahap konsisten selepas menyaksikan mereka tewas 1-2 berdepan Atletico Madrid pada aksi La Liga di Camp Nou awal pagi semalam.
Kekalahan tersebut sekali gus menyaksikan Barcelona hanya meraih satu kemenangan dalam lima aksi terakhir dan terlepas kedudukan pendahulu liga kepada Atletico ketika seteru utamanya, Real Madrid hanya ketinggalan satu mata, namun kekurangan dua perlawanan.
Flick tidak berada di bangku teknikal pasukan ketika perlawanan tersebut selepas menjalani hukuman penggantungan ketika menyaksikan Atletico meraih gol kemenangan menerusi Alexander Sorloth pada masa kecederaan minit ke-96.
Bagaimanapun, beliau mengakui berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan oleh para pemainnya biarpun keputusan perlawanan sangat mengecewakan.
“Kami bermain dalam perlawanan yang cukup luar biasa. Saya berbangga dengan para pemain, namun sedikit kecewa dengan kekalahan ini. Atletico Madrid sabar menunggu peluang dan akhirnya mereka meraihnya.
“Pada kami ia berbeza kerana agak mengecewakan, tetapi saya gembira dengan keseluruhan persembahan yang dipamerkan oleh pasukan. Kali ini, saya melihat gaya permainan yang saya inginkan berjaya dipamerkan oleh pemain.
“Saya sedih dengan kekalahan ini, tetapi selepas melihat cara kami beraksi, terutama Pedri dan Gavi, kami hanya perlu bersabar. Saya yakin kejayaan itu akan datang.
“Kami akan bangkit dengan lebih kuat selepas ini dan kebangkitan itu mungkin akan datang pada waktu yang tepat nanti,” katanya.
Barcelona akan mengalihkan tumpuan mereka kepada aksi Piala Raja Sepanyol apabila bakal berdepan Barbastro pada 5 Januari nanti sebelum berlepas ke Arab Saudi untuk