fbpx

Kedai motosikal diserbu beri minyak petrol percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nuanakorn Motorcycles telah mengedarkan sebanyak 600 liter minyak petrol untuk tempoh semalam sahaja. - Khaosod

BANGKOK – Sebuah kedai motosikal di wilayah Pathum Thani diserbu orang ramai kerana menawarkan isian minyak petrol percuma kepada penduduk setempat, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Penunggang motosikal dan teksi motosikal beratur sepanjang 500 meter di hadapan kedai Nuanakorn Motorcycles di Klong Luang bagi mengisi minyak kenderaan mereka secara percuma.

Pemiliknya, Paisal Thipmongkolkul berkata, tindakan itu dilakukan secara ikhlas bagi membantu penduduk berhadapan dengan beban kewangan.

Ujar Paisal, ia merupakan tahun ketiga dia menganjurkan pemberian minyak percuma itu bagi membantu penduduk setempat.

“Dengan harga minyak petrol yang melambung ketika ini, orang ramai mengalami bebanan kewangan.

“Justeru, kami membuat keputusan untuk meneruskan aktiviti tersebut tahun ini bagi membantu mengurangkan perbelanjaan harian mereka,” katanya.

Bagi semalam sahaja, Nuanakorn Motorcycles telah mengedarkan sebanyak 600 liter minyak petrol dan membantu sekurang-kurangnya 300 pemilik motosikal. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI