fbpx

Indonesia tahan 18 polis peras ugut penonton Malaysia 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Konsert Djakarta Warehouse Project (DWP) diadakan di Kemayoran, Jakarta Utara. - Instagram

JAKARTA – Dewan Perniagaan dan Perindustrian Indonesia (KADIN) menghargai tindakan pantas polis menahan 18 anggotanya yang disyaki memeras ugut warga Malaysia semasa menonton konsert Djakarta Warehouse Project (DWP) baru-baru ini. 

Semua suspek ditahan susulan berbilang aduan daripada warga Malaysia yang mendakwa mereka dianiaya dan dipaksa menjalani ujian air kencing, selain polis Indonesia terbabit meminta wang suapan antara RM90,000 hingga RM200,000. 

Timbalan Pengerusi KADIN, Ria Yusnita memuji tindakan polis Indonesia kerana menunjukkan sikap profesionalisme dalam memastikan keselamatan semua pengunjung selain menggesa agensi berkaitan untuk membaiki reputasi Jakarta dalam industri pelancongan dan hiburan. 

“Kami menggalakkan semua pihak berkepentingan termasuk Kementerian Pelancongan, polis Indonesia dan KADIN supaya bekerjasama merangka prosedur operasi standard untuk semua acara, khususnya konsert muzik serta acara hiburan lain,” kata Ria.

Tambah beliau, KADIN dan Persatuan Penggalak Muzik Indonesia (APMI) telah bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, polis dan Dewan Perwakilan Rakyat dalam merangka penyelesaian menyeluruh bagi mencegah kejadian serupa pada masa hadapan.

“Sebagai penganjur acara, kami menyokong penuh kempen anti dadah polis tetapi ia mesti dijalankan mengikut SOP yang betul,” tambahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI