fbpx

Empat negeri dilanda hujan lebat, angin kencang petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri di Semenanjung sehingga pukul 3 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, negeri yang terlibat adalah Perak, Pahang, Selangor dan Johor.

“Di Perak, kawasan yang terjejas dengan cuaca buruk ini melibatkan Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim. Manakala di Pahang, ia meliputi Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong,” katanya.

Sementara itu, bagi negeri Selangor, hujan lebat dan angin kencang diramalkan menjejaskan keseluruhan kawasan Hulu Selangor.

“Johor turut tidak terkecuali dengan keadaan ini yang melibatkan kawasan di Mersing dan Kota Tinggi petang ini,” tambahnya.

Penduduk di kawasan terlibat dinasihatkan untuk berwaspada terhadap risiko banjir kilat, kerosakan harta benda, dan pokok tumbang berikutan keadaan cuaca buruk ini.

Orang ramai juga disarankan mengelakkan aktiviti luar yang berisiko tinggi sepanjang tempoh cuaca tidak menentu ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI