fbpx

Cukai pelancongan ‘bandar Harry Potter’ akan diperkenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelancong kerap memenuhi The Shambles di York, yang menyerupai Diagon Alley dalam Harry Potter. - The Sun UK

LONDON –  Penduduk York, England bersetuju dengan cadangan pihak berkuasa tempatan untuk memperkenalkan cukai pelancongan kepada pelancong yang mengunjungi bandar bersejarah itu, lapor akhbar The Sun UK kelmarin. 

Cukai tersebut akan dilaksanakan selepas bandar itu dipenuhi oleh peminat novel dan filem Harry Potter yang gemar membuang sampah dan air kecil di merata tempat.

Perbuatan tidak bermoral itu menimbulkan kemarahan penduduk tempatan, menyebabkan majlis bandaraya mengeluarkan cadangan untuk menambah cukai sebanyak £1 (RM6) ke dalam bil hotel mereka bagi membantu dalam penyelenggaraan bandar. 

Seorang kakitangan pembersihan, Shane Sayner, berkata: “Tandas yang tidak mencukupi membuatkan pelancong membuang air kecil di merata tempat serta sering mabuk.” 

“Saya bersetuju sekiranya majlis bandaranya mengenakan cukai kepada pelancong. Walaupun £1 tidak akan membuat perbezaan yang besar, ia akan menambah baik infrastruktur di bandar ini,” tambah Sayner. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI