fbpx

Cuaca cerah di kebanyakan negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan keadaan cuaca baik dan cerah dilaporkan di kebanyakan negeri di Semenanjung Malaysia pada pagi ini.

MetMalaysia dalam laporan cuacanya di YouTube berkata, situasi yang sama turut diperhatikan di Sabah dan Sarawak.

Katanya, hujan hanya dikesan di kawasan pesisir pantai Selangor pada waktu ini.

“Namun, hujan tersebut dijangka beransur reda dalam tempoh satu hingga dua jam.

“Keadaan cuaca baik di kebanyakan negeri pagi ini dijangka boleh berterusan sehingga ke awal petang,” jelas kenyataan itu.

Orang ramai dinasihatkan agar terus mengikuti perkembangan terkini cuaca melalui saluran rasmi mereka bagi memastikan sebarang perubahan keadaan cuaca dapat diambil perhatian segera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI