fbpx

‘Buat rawatan rambut untuk Zahnita, lebih terurus’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAYA rambut Zahnita mendapat permintaan tinggi peminat.

KUALA LUMPUR – Gara-gara video transformasi atau ‘makeover‘ bekas peragawati menjadi tular, kini ramai yang menginginkan gaya rambut seperti ikon wanita hebat itu.

Perkara itu diakui penata gaya rambut Zahnita sendiri yang dikenali sebagai Chez Hamdan.

Menurut Chez, sejak videonya mendandan rambut Zahnita tular dalam media sosial, dia tidak putus-putus menerima mesej daripada pelanggan yang mahukan potongan rambut yang sama.

Tak sangka pula video itu akan menjadi viral. Hari ini sahaja (semalam) semua datang salon nak buat rambut ‘Zahnita’. Bertalu-talu mesej yang masuk sampai tak menang tangan. Semua tanya tentang gaya rambut Zahnita,” katanya kepada Kosmo Online.

Bercerita lanjut tentang momen ‘makeover‘ yang mendapat pujian ramai itu, kata Chez, dia mengenali Zahnita sejak lebih 15 tahun lalu namun sudah sedekad tidak bertemu sehingga kisahnya viral seluruh negara, baru-baru ini.

“Saya kenal Zahnita sewaktu dia masih aktif sebagai model. Saya pernah mendandan rambutnya untuk penggambaran majalah. Selepas itu lama kami tidak bertemu. Sesekali bertanya khabar dalam media sosial.

Kebetulan dia datang ke Kuala Lumpur baru-baru ini dan hubungi saya untuk potong rambut. Saya ‘trim’ rambutnya agar kelihatan lebih segar dan berseri. Kira macam ‘new look’ untuk tahun 2025.

“Insya-Allah, selepas ini kita akan buat rawatan rambut pula untuk Zahnita supaya rambutnya sentiasa kelihatan sihat dan lebih terurus. Kali ini saya hanya sempat ‘trim’ sahaja kerana Zahnita kesuntukan masa,” kongsinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI