fbpx

Berdikari, anak Johnny Depp jadi pelayan restoran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JACK Depp tidak bergantung hidup dengan bapanya, Johnny Depp sebaliknya memilih untuk berdikari mencari wang sendiri demi kelangsungan hidup.

MEMILIKI bapa popular dan kaya tidak menghalang anak kepada aktor tersohor, Johnny Depp iaitu Jack Depp untuk berusaha mencari wang sendiri dengan bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran.

Pemuda berusia 22 tahun itu nyata lebih selesa tidak menumpang tuah ayah serta ibunya yang juga model terkenal, Vanessa Paradis.

Jack bekerja di sebuah restoran makanan Lebanon di L’Area di Paris selama dua tahun terakhir sebelum berhenti pada pertengahan tahun ini.

Menurut pengurusnya, anak muda terbabit bukan sahaja seorang yang senang untuk berurusan, malah langsung tidak bersikap sombong walaupun datang daripada keluarga berada.

“Bukan hanya mengambil pesanan, mengemas meja, Jack juga melakukan kerja di dapur. Susah mahu mendapatkan pekerja sepertinya.

“Dia berhenti kerja beberapa bulan lalu tetapi berjanji akan kembali ke sini tahun depan,” katanya.

Jonny Depp turut mempunyai seorang lagi anak iaitu Lily-Rose, 25, juga model popular. – HIBGLAM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI