fbpx

Anggota komando hilang 15 hari gagal dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DODIT WILMAN dikhuatiri hilang selepas gagal melaporkan diri di Kem Iskandar, Mersing selepas bercuti ke rumah keluarganya di Masai, Pasir Gudang, Johor Bahru sejak 8 Disember lalu.

JOHOR BAHRU – Seorang anggota tentera dari Grup Gerak Khas (GGK), Kem Tentera Iskandar, Mersing dikhuatiri hilang sejak 8 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, Prebet Dodit Wilman, 25, yang berketurunan etnik Rungus dari Sabah, sepatutnya melapor diri di kem berkenaan pada 16 Disember lalu, namun sehingga kini gagal dikesan.

Ujarnya, kali terakhir dia dilaporkan dilihat meninggalkan rumah keluarga di Program Perumahan Rakyat (PPR) Cahaya Senibong, Masai, pukul 7.30 malam, 8 Disember lalu.

“Laporan polis dibuat kakak iparnya di Balai Polis Permas Jaya pukul 12.38 tengah hari, 17 Disember lalu,” katanya ketika dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Raub berkata, kakak ipar anggota tentera itu memaklumkan, pihak kem berkenaan yang memberitahu bahawa lelaki itu tidak melaporkan diri di kem pada 16 Disember lalu.

Menurutnya, kenderaan terakhir digunakan anggota berkenaan adalah Perodua Viva bernombor pendaftaran BKS 1233 warna oren.

Beliau berkata, cubaan ahli keluarga menghubungi lelaki bujang itu melalui telefon bimbitnya juga tidak berjaya.

Tambahnya, hebahan sudah dibuat di semua balai polis berhampiran untuk membantu usaha mengesannya.

“Semakan melalui Integrated Police Reporting System (IPRS) mendapati tiada laporan tangkapan atau kemalangan yang membabitkannya

“Cawangan D9 Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Johor Bahru Selatan sedang menjalankan siasatan dan tindakan lanjut untuk mengesan keberadaan lelaki itu,” katanya.

Raub berkata, sebarang maklumat, boleh disalurkan kepada balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Johor Bahru Selatan menerusi talian 07-2182323.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI