SHAH ALAM – Penuh kejutan, seramai 14 peserta berjaya menempatkan diri sebagai Top14 finalis Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) pada konsert minggu pertama hari ini.
Hasil persembahan hebat, 12 peserta bertuah tersebut ialah Zazzleen, Eylia Guntabid, Hafiz Zainal, Aniq Iffat, Mariam, Kai Deva dan Alya Mardien.
Sementara tujuh lagi yang layak ialah Erfarina, Trio XL, Marygrace, Dhania, Dayangku Iffah, Jimi dan Reza Shah (imuniti juri).
Sementara, lapan peserta yang gagal meraih tempat dalam Top14 ialah Yusriansyah, Esther, Ikmal Romi, Boisover, Bfore3 dan Jill Gaisah.
Kai Deva pula diumumkan sebagai peserta ‘Terpaling Frizz’ bagi konsert minggu pertama hari ini.
Minggu depan, 14 peserta tersebut bakal berentap dengan tema Melodi Indah Segar Membara.
Proses penyingkiran seterusnya bermula daripada episod kedua sehingga empat peserta berjaya dicari untuk berentap pada konsert akhir yang akan berlangsung 9 Februari tahun depan.
Keputusan akhir bagi minggu seterusnya ditentukan berdasarkan 60 peratus markah daripada juri dan baki 40 lagi bergantung kepada undian penonton.
Kesemua 20 peserta malam ini diadili sepenuhnya oleh tiga juri tetap Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain, dan Cakra Khan.
Juara CSOIAM bakal membawa pulang hadiah bernilai RM1 juta termasuk wang tunai RM500,000, sebuah kereta PEUGEOT 408 bernilai RM200,000 dan kontrak rakaman eksklusif.
Program yang berlangsung setiap Ahad pukul 9 malam itu dihoskan Haniff Hamzah dan Fiza Frizzy. – KOSMO! ONLINE