PETALING JAYA – Musim cuti sekolah yang baharu bermula semalam menjadi peluang kepada para ibu bapa untuk keluar makan angin bersama keluarga masing-masing.
Walaupun orang ramai sedia maklum kesesakan luar biasa sering berlaku ketika tempoh berkenaan, namun perancangan untuk bercuti bersama keluarga tetap diteruskan.
Melalui satu perkongsian di Tik Tok memaparkan, bukan sahaja jalan keluar masuk di sempadan Malaysia-Thailand seperti di Kelantan dan Kedah, bahkan di daerah Wang Kelian, Perlis juga menerima mengalami kesesakan.
Klip video yang tular itu menyaksikan kesesakan jalan raya yang dialami oleh pengguna amat luar biasa apabila kenderaan mereka hanya mampu menyusuri jalan utama ke sempadan Thailand selama tiga jam bagi jarak satu kilometer (KM).
Perjalanan yang hanya mengambil masa selama 15 minit pada hari biasa, terpaksa ditempuhi pengguna jalan raya itu hampir sembilan jam ketika ini.
Orang ramai yang berkongsi pengalaman mereka ketika melalui kesesakan tersebut juga mengeluh apabila tangki minyak yang diisi penuh untuk perjalanan mereka di Thailand turut habis.
“Jarang tak padu Wang Kelian masa musim cuti sekolah,” tulis video tersebut.
“Tempuh perjalanan sesak, tiga jam untuk satu kilometer. Sampai Thailand minyak pula habis.
“Di Thailand minyak agak mahal, makan modal,” jelas Anuar Daud.
“Layankan saja jalan sesak ni, bukan selalu. Tapi kasihan la kami yang tinggal dekat daerah ini. Nak keluar dalam jarak sembilan kilometer pun dah sesak lebih lapan jam,” kata Asyraf Mustapa. – KOSMO! ONLINE
@izad.com Jarang tak padu Wang kelian time cuti sekolah #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ #thailand #border ♬ original sound – Bunkfiz 888 🎲🔰 – Bunkfiz 🔰